Tuesday, 26 May 2015

Cara Menghilangkan 'Fake Serial Number' Pada IDM

Bagi pengguna aplikasi Internet Download Manager yang menggunakan dari hasil 'crack/patch/keygen', kebanyakkan pernah mengalami masalah 'Fake Serial Number' yang muncul saat proses 'start-up windows'. Jadi admin nak kongsi tutorial bagaimana cara untuk menghilangkan 'fake serial number' IDM tanpa harus menggunakan patch terbaru, crack terbaru, keygen terbaru, mengedit file hosts, merubah nama IDMGrHlp.exe dan idmBroker.exe atau memasang semula aplikasi IDM.


Download:
1. IDM Cleaner | Mirror 1 | Mirror 2 | (1.5KB)

Nota: File Batch (*.bat) yang disertakan 100%  bukan virus. Anda boleh lihat isinya menggunakan notepad. File "IDMCleaner By RandomJester.bat" digunakan untuk menghapus registry IDM pada registry Windows.

Cara Menghilangkan 'Fake Serial Number' Pada IDM

1. Matikan antivirus. (file batch akan di kesan sebagai virus pada segelintir anti virus).

2. Pada file "IDMCleaner By RandomJester.bat", klik kanan , pilih "Run as administrator".

3. Setelah muncul CMD : IDM Registry Cleaner seperti gambar dibawah, jika ada paparan pesan "Press any key to continue", tekan mana-mana tombol pada papan kekunci (keyboard) anda.

4. Seterusnya, jalankan file "IDM_Cleaner.reg". Apabila muncul paparan seperti gambar dibawah, klik "Yes".

5. Pasang (install) dan jalankan aplikasi Registry Trash Keys Finder. Cari Registry Key "Visual Protect 3.5+" . Klik kanan, dan pilih "Delete Selected Keys (DEL)".

6. IDM sudah sedia digunakan tanpa keluar pesan 'Fake Serial Number' lagi. Aktifkan semula Anti Virus . Jika keluar popup IDM Register, tutup sahaja.



Credits : nSaneForums

Sunday, 10 May 2015

Registry Trash Keys Finder 3.9.3.0 Full Version


Registry Trash Keys Finder (TrashReg) adalah sebuah aplikasi yang biasa digunakan untuk membersihkan registry yang tidak dipakai atau rosak. Fungsi utama dari Registry Trash Keys Finder sebenarnya untuk menghilangkan kunci registry ( registry key ) yang terdapat didalam registry Windows. Biasanya kunci registry yang tertinggal disebabkan proses 'uninstallation' atau penghapusan program yang kurang bersih. Banyak yang menggunakan Registry Trash Keys Finder ini untuk mengembalikan kembali masa "trial" dari aplikasi yang mereka gunakan.

Homepage : http://www.trashreg.com/rtkf_eng.html


Download  | Mirror Link 1 | Mirror Link 2 (1.1MB)

Wednesday, 6 May 2015

Cara Aktifkan "Subtitle" Pada XBMC/Kodi


Pada entri yang lepas , admin ada kongsi Cara Memasang 'Add-On Genesis' Pada XBMC/KODI .
Untuk entri kali ni admin nak kongsi cara untuk aktifkan fungsi 'Subtitle' pada XBMC/Kodi. Fungsi 'Subtitle' ini bukan hanya boleh di gunakan pada 'addon' Genesis sahaja, tapi boleh digunakan pada mana-mana 'addon' yang menyediakan fungsi untuk stream 'movie'. Dengan kata lain, boleh digunakan pada mana-mana movie yang anda tonton. Pada tutorial ni, admin akan ajar cara untuk menggunakan "subtitle" bahasa melayu..

Cara Aktifkan "Subtitle" Pada Kodi

1. Buka aplikasi kodi anda. Klik pada "SYSTEM" dan pilih "Settings".

2. Klik pada "Add-ons".

3. Klik pada "Get Add-ons".

4. Pilih "Kodi Add-on repository".

5. Pilih "Subtitles".

6. Pilih add-on 'subtitle' yang anda mahu. Admin sarankan pilih 'add-on subtitle' "OpenSubtitles.org" dan "Subscene.com".

7.  Klik "Install".

8. Tunggu sehingga 'add-on subtitle' di aktifkan.

9. Seterusnya kembali ke paparan utama kodi, Klik pada "SYSTEM" dan pilih "Settings".

10. Pilih "Video".

11. Pilih "Subtitles" . Klik pada bahagian "Language to download subtitles for" dan "Preferred subtitle language", klik "Malay".

12. Buka apa-apa filem yang anda mahu tonton. Untuk menggunakan 'subtitle' , klik pada ikon 'Subtitle' dan klik "Download".

13. Senarai 'subtitle' terpapar. Anda tinggal pilih 'subtitle' yang bersesuaian dengan filem yang anda tonton. Senarai 'subtitle'  anda boleh pilih dari sumber layanan "OpenSubtitles.org" dan "Subscene.com" atau mana-mana 'add-on subtitles' yang anda aktifkan.

Contoh 'subtitle'.

Nota: Pada tutorial ini admin menggunakan aplikasi KODI versi 14.2 HELIX . Untuk versi lain mungkin ada perbezaan sedikit, tapi anda boleh cuba k..

Selamat mencuba :)