Thursday, 26 June 2014

Versi Terbaru Android "L" Bakal Dilancarkan

Pada acara tahunan Google (Google I/O) baru-baru ini , salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah beberapa perkara baru mengenai Android. Versi baru mereka akan hadir tidak lama lagi, dan untuk membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka, Google mengumumkan Android “L” Developer Preview.

Rekaan Antaramuka Baru – Material Design

Android “L” dilihat akan membawakan perubahan dari segi antaramuka. Google memanggilnya sebagai “Material Design”, dimana merupakan salah satu usaha untuk menyelarikan rekaan antaramuka pada pelbagai saiz peranti, dan juga untuk memberikan pengalaman pengguna yang selari pada aplikasi dan web.

Untuk menjayakan perkara ini, Google turut membuat perubahan pada muka-taip yang digunakan pada Android “L”, disamping menawarkan beberapa kesan animasi untuk digunakan oleh para pembangun.

Notifikasi Di Lockscreen

Notifikasi pada Android boleh dikatakan agak baik jikalau dibandingkan dengan beberapa platform operasi yang lain. Pada Android “L”, pihak Google turut memberikan fokus dan menambah-baik sokongan notifikasi untuk menjadikannya lebih menarik.

Salah satu pembaharuan adalah pengguna kini turut dipaparkan dengan notifikasi walaupun pada aplikasi dengan skrin penuh – seperti permainan, video dan sebagainya.

Disamping itu, pihak Google dilihat turut membawa notifikasi ke lockscreen melalui Android “L”, dimana pengguna boleh melihatnya, ataupun swipe sesuatu notifikasi ke sebelah kanan untuk memadamkannya.

Personal Unlocking Dan Sekuriti

Dengan Google yang turut membawa Android ke peranti boleh-pakai, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah “Personal Unlocking”. Melaluinya, ia memastikan telefon atau tablet anda berada di lokasi yang selamat, dan mengoptimasikan lockscreen bersesuaian dengannya.

Sebagai contoh, sekiranya anda memakai jam tangan pintar yang dihubungkan ke peranti, dan ingin mengakses peranti, anda boleh mengaksesnya terus, dan sekiranya sebaliknya, anda akan dipaparkan dengan skrin untuk memasukkan kod akses anda.

Selain menggunakan peranti boleh-pakai, Google turut mengatakan sokongan Personal Unlocking turut akan menyokong dan mengambil kira beberapa perkara lain, termasuk kedudukan anda melalui geolokasi (berdasarkan lokasi yang sering dilawati anda), rangkaian WiFi yang dihubungkan dan beberapa perkara lain.

Untuk sekuriti pula, pihak Google membawakan beberapa pembaharuan melalui Android “L”, termasuk salah satunya adalah Factory Reset Protection yang memudahkan pengguna nyah-aktifkan peranti mereka yang hilang atau dicuri, dan juga sokongan Universal Data Protection yang membolehkan pengguna mengawal data-data yang dikongsikan mereka seperti geolokasi dan sebagainya.

Multi-Tasking Kini Recents

Rekaan untuk bahagian multi-tasking turut dikemaskini melalui Android “L”, dimana pihak Google didapati memanggil butang multi-tasking sebagai “Recents”.

Daripada apa yang ditunjukkan, pengguna dipaparkan dalam bentuk rekaan Cards, dimana pengguna boleh swipe untuk melihat dari satu aplikasi ke aplikasi lain.

Disamping itu, pihak Google turut melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan yang mana setiap tab pada Chrome juga akan dipaparkan dalam bentuk Cards berbeza, sekaligus memudahkan proses multi-tasking anda.

Peningkatan Prestasi Dan Bateri

Android “L” juga akan menyaksikan pihak Google beralih sepenuhnya daripada penggunaan Dalvik kepada ART, yang mana secara tidak langsung membawa kepada peningkatan penggunaan prestasi secara keseluruhan, termasuk membawakan sokongan grafik yang lebih baik. Bersama-sama pengenalan ART, pihak Google turut membawakan sokongan 64-bit ke platform Android secara rasminya.

Untuk bahagian bateri pula, Google dilihat hadir dengan Project Volta, memberikan pembangun lebih kawalan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri ketika aplikasi mereka digunakan. Untuk pengguna umum pula, pihak Google menyediakan sebuah fungsi baru yang sedia terdapat pada kebanyakkan peranti utama hari ini, iaitu Battery Saver Mode.

Selain daripada pelbagai pengenalan ini, Google turut dilihat bukan berhenti dengan Android untuk peranti mudah-alih sahaja, tetapi sebaliknya membawa ia ke pelbagai platform lain – termasuk untuk kaca televisyen melalui Android TV, untuk kenderaan melalui Android Auto, dan untuk peranti boleh-pakai melalui Android Wear. Google juga turut dilihat mengintegrasikan Android ke Chromebook dengan lebih baik, termasuk mengatakan Chromebook akan menyokong aplikasi Android tidak lama lagi.

Apa pun, ini boleh dikatakan hanya sebilangan kecil daripada fungsi-fungsi baru yang dibawakan oleh Android “L”. Google mengatakan lebih 5000 API baru tersedia melalui Android “L”, dan mungkin kita akan dapat melihat sebahagian daripadanya apabila mendapat akses untuk Android “L” Developer Preview.

Sumber

Saturday, 21 June 2014

Jam Pintar Apple IWatch Dilancarkan Oktober Ini

Sebelum khabar angin mengenai iPhone 6 mula kedengaran, Apple iWatch merupakan peranti yang hangat disebut dan dengan majlis WWDC juga berlalu tanpa sebarang berita mengenai peranti iPhone, iPod mahupun iWatch, kami pasti bulan oktober akan menjadi bulan dimana iPad dan iWatch dilancarkan manakala pelancaran iPhone 6 diadakan sebulan lebih awal.

Laporan terbaru yang mengatakan iWatch akan dilancarkan pada bulan Oktober adalah berdasarkan maklumat daripada pembekal komponen serta sumber terdekat Apple namun sedikit berlainan disini adalah, iWatch dikatakan akan dilancarkan bersama-sama iPhone pada bulan Oktober. Walaubagaimanapun, kebiasaanya, iPhone akan dilancarkan pada bulan September.

Sumber juga berkata bahawa iWatch akan mempunyai skrin paparan melengkung OLED dan mampu mengukur data seperti, glukosa darah, pembakaran kalori, waktu tidur dan tahap oksigen didalam darah. Jam pintar ini juga dikatakan akan menyimpan data cap jari daripada Touch ID iPhone pengguna. Apple menyasarakan untuk menjual 3 hingga 5 juta unit iWatch sebulan.

iWatch juga dikatakan akan beoperasi menggunakan iOS8 dan Apple juga akan menyertakan aplikasi HealthKit .

Sumber

Thursday, 12 June 2014

Tutorial Membuat Widget 'Social Follow Us' v1

Tutorial:

1. Login ke Dashboard blogger.

2. Klik butang " More Options " dan klik " Layout ".

3. Pada halaman Layout, klik " Add a Gadget " pada mana-mana bahagian yang anda nak untuk letakkan kod javascript tu nanti.

4. Cari HTML/Javascript dan klik butang tambah.

5.  Copy (CTRL+C) kod javascript dibawah:

FOLLOW US

Facebook

Twitter

Google+

Rss Feed

KETERANGAN:
• + https://www.facebook.com/faiz.tutorial - Gantikan dengan link/url fan pages Facebook anda.
• + https://twitter.com/faizal_ahmad91 - Gantikan dengan link/url Twitter anda.
• + https://plus.google.com/102149587857352560756 - Gantikan dengan link/url Google+ anda.
• + http://feeds.feedburner.com/Faiz-tutorial - Gantikan dengan link/url Feedburner anda.
• + Faiz-tutorial  - Gantikan dengan link/url ID Feedburner anda.
• + [PERHATIAN] Sekiranya button counter Feedburner tidak terpapar dengan betul, sila login ke akaun Feedburner anda [KLIK SINI] ---> Klik Nama blog anda (Jika tiada, daftarkan blog anda pada feedburner terlebih dahulu) ---> Klik tab Publicize ---> Klik FeedCount ---> Klik Activate (Sekiranya belum diaktifkan) ---> Copy kod HTML yang diberi  ---> Gantikan dengan kod diatas yang di 'highlight dengan warna OREN.
6. Paste (CTRL+V) pada ruang Content.

7. Seterusnya klik " Save " dan lihat la hasilnya