Showing posts with label android. Show all posts
Showing posts with label android. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

Apa itu Kodi/XBMC ?



XBMC telah dimulakan sejak tahun 2002 yang lepas, dimana pada mulanya ia dikenali dengan nama projek Xbox Media Player. Selang dua tahun selepasnya, selepas ia membawa fungsi melebihi pemain media, pasukan pembangunnya telah menjenamakan semula ia kepada Xbox Media Center, dan pada 2008, mereka mengambil nama singkatan XBMC bersempena dengannya.


Apa pun, selepas penjenamaan tersebut, sokongan untuk Xbox ditamatkan, selain ia kini ditawarkan pada pelbagai platform lain termasuk di Windows, Linux, Android dan sebagainya. Perkara ini membuatkan penjenamaan XBMC seperti kurang relevan untuk perisian tersebut.

Untuk menyelesaikannya, kini pasukan pembangunnya menjenamakan semula perisian tersebut kepada Kodi – bermula daripada versi 14 ini.

Walaupun berubah dari segi nama, fungsi dan konsepnya akan kekal sama, dimana ia akan kekal dilesenkan pada GPL 2.0, disamping pengguna hanya akan melihat perubahan yang amat kecil pada perisian tersebut.

Sumber: Amanz.my

Bagi admin, aplikasi ini memang terbaik sebab kita boleh stream LiveTV, Movie, dan pelbagai fungsi 'add-on' yang kita boleh tambah mengikut citarasa kita. Jadi pada sesiapa yang nak cuba aplikasi ni, boleh download disini . Pilih mengikut kesesuaian peranti yang anda gunakan. Pastikan kalau nak guna aplikasi ni, anda perlu mempunyai akses internet unlimited k .. :)

http://kodi.tv/download/


Thursday, 26 June 2014

Versi Terbaru Android "L" Bakal Dilancarkan

Pada acara tahunan Google (Google I/O) baru-baru ini , salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah beberapa perkara baru mengenai Android. Versi baru mereka akan hadir tidak lama lagi, dan untuk membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka, Google mengumumkan Android “L” Developer Preview.


Rekaan Antaramuka Baru – Material Design


Android “L” dilihat akan membawakan perubahan dari segi antaramuka. Google memanggilnya sebagai “Material Design”, dimana merupakan salah satu usaha untuk menyelarikan rekaan antaramuka pada pelbagai saiz peranti, dan juga untuk memberikan pengalaman pengguna yang selari pada aplikasi dan web.

Untuk menjayakan perkara ini, Google turut membuat perubahan pada muka-taip yang digunakan pada Android “L”, disamping menawarkan beberapa kesan animasi untuk digunakan oleh para pembangun.







Notifikasi Di Lockscreen

Notifikasi pada Android boleh dikatakan agak baik jikalau dibandingkan dengan beberapa platform operasi yang lain. Pada Android “L”, pihak Google turut memberikan fokus dan menambah-baik sokongan notifikasi untuk menjadikannya lebih menarik.



Salah satu pembaharuan adalah pengguna kini turut dipaparkan dengan notifikasi walaupun pada aplikasi dengan skrin penuh – seperti permainan, video dan sebagainya.

Disamping itu, pihak Google dilihat turut membawa notifikasi ke lockscreen melalui Android “L”, dimana pengguna boleh melihatnya, ataupun swipe sesuatu notifikasi ke sebelah kanan untuk memadamkannya.


Personal Unlocking Dan Sekuriti

Dengan Google yang turut membawa Android ke peranti boleh-pakai, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah “Personal Unlocking”. Melaluinya, ia memastikan telefon atau tablet anda berada di lokasi yang selamat, dan mengoptimasikan lockscreen bersesuaian dengannya.


Sebagai contoh, sekiranya anda memakai jam tangan pintar yang dihubungkan ke peranti, dan ingin mengakses peranti, anda boleh mengaksesnya terus, dan sekiranya sebaliknya, anda akan dipaparkan dengan skrin untuk memasukkan kod akses anda.

Selain menggunakan peranti boleh-pakai, Google turut mengatakan sokongan Personal Unlocking turut akan menyokong dan mengambil kira beberapa perkara lain, termasuk kedudukan anda melalui geolokasi (berdasarkan lokasi yang sering dilawati anda), rangkaian WiFi yang dihubungkan dan beberapa perkara lain.

Untuk sekuriti pula, pihak Google membawakan beberapa pembaharuan melalui Android “L”, termasuk salah satunya adalah Factory Reset Protection yang memudahkan pengguna nyah-aktifkan peranti mereka yang hilang atau dicuri, dan juga sokongan Universal Data Protection yang membolehkan pengguna mengawal data-data yang dikongsikan mereka seperti geolokasi dan sebagainya.


Multi-Tasking Kini Recents

Rekaan untuk bahagian multi-tasking turut dikemaskini melalui Android “L”, dimana pihak Google didapati memanggil butang multi-tasking sebagai “Recents”.


Daripada apa yang ditunjukkan, pengguna dipaparkan dalam bentuk rekaan Cards, dimana pengguna boleh swipe untuk melihat dari satu aplikasi ke aplikasi lain.

Disamping itu, pihak Google turut melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan yang mana setiap tab pada Chrome juga akan dipaparkan dalam bentuk Cards berbeza, sekaligus memudahkan proses multi-tasking anda.


Peningkatan Prestasi Dan Bateri

Android “L” juga akan menyaksikan pihak Google beralih sepenuhnya daripada penggunaan Dalvik kepada ART, yang mana secara tidak langsung membawa kepada peningkatan penggunaan prestasi secara keseluruhan, termasuk membawakan sokongan grafik yang lebih baik. Bersama-sama pengenalan ART, pihak Google turut membawakan sokongan 64-bit ke platform Android secara rasminya.



Untuk bahagian bateri pula, Google dilihat hadir dengan Project Volta, memberikan pembangun lebih kawalan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri ketika aplikasi mereka digunakan. Untuk pengguna umum pula, pihak Google menyediakan sebuah fungsi baru yang sedia terdapat pada kebanyakkan peranti utama hari ini, iaitu Battery Saver Mode.

Selain daripada pelbagai pengenalan ini, Google turut dilihat bukan berhenti dengan Android untuk peranti mudah-alih sahaja, tetapi sebaliknya membawa ia ke pelbagai platform lain – termasuk untuk kaca televisyen melalui Android TV, untuk kenderaan melalui Android Auto, dan untuk peranti boleh-pakai melalui Android Wear. Google juga turut dilihat mengintegrasikan Android ke Chromebook dengan lebih baik, termasuk mengatakan Chromebook akan menyokong aplikasi Android tidak lama lagi.

Apa pun, ini boleh dikatakan hanya sebilangan kecil daripada fungsi-fungsi baru yang dibawakan oleh Android “L”. Google mengatakan lebih 5000 API baru tersedia melalui Android “L”, dan mungkin kita akan dapat melihat sebahagian daripadanya apabila mendapat akses untuk Android “L” Developer Preview.

Sumber

Friday, 21 February 2014

Gambar Rasmi Nokia X tersebar - Smartphone Android Nokia Pertama

Gambar Nokia X Terbaru

Banyak maklumat mengenai telefon pintar pertama Nokia yang berasakan Android tersebar sejak kebelakangan ini dan ini memberikan petunjuk jelas bahawa model telefon pintar ini adalah model pengganti Asha yang mempunyai harga yang berpatutan. Nokia mungkin ingin mencuba nasib dengan peranti murah sebelum mencuba nasib melancarkan model Android dengan spesifikasi yang lebih tinggi dan mampu bersaing bersama-sama model seperti Galaxy S5 dan HTC One

Kini gambar rasmi Nokia X ini telah kelihatan dan seperti biasa, @evleaks telah memaparkan gambar ini pada laman twitter mereka. Gambar ini mengesahkan bahawa Nokia X akan menjadi nama rasmi telefon pintar ini walaupun sebelum ini kami mengelarnya dengan nama Nokia Normandy yang merupakan kodnama dalaman bagi model ini. Apa yang pasti adalah, Nokia X seperti Nokia Asha akan hadir didalam beberapa warna dengan hijau merupakan salah satu warnanya.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini kami telah memberikan anda segala maklumat spesifikasi mengenai model ini. Nokia X akan dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 4-inci dan akan berasakan sistem operasi Android dengan penggunaan UI yang berasakan model Asha dan Windows. Kesemua spesifkasi lain adalah sedikit kabur. Nokia X dikatakan akan dilengkapi kamera 3 atau 5MP dan menggunakan pemproses Snapdragon serta berasakan Android KitKat.

Spesifikasi Nokia X :
NETWORK
2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - SIM 1 & SIM 2
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 2100
announced2014, February
Release DateRumored. Exp. release 2014, February
DISPLAY
TypeWVGA Touchscreen 256K Colors
Size480 x 320 4.0 Inches
SOUND
SpeakerphoneYes
MEMORY
Storage4 GB storage, 512 MB RAM, MicroSD up to 32GB
DATA
GPRSYes
EDGEYes
SpeedHSDPA
WLANWi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi Fi hotspot
BlueToothYes v3.0 with ADP
USBMicroUSB 2.0 Host port
CAMERA
Primary5 Mega Pixel 2592 x 1944 Pixels, Led Flash
VideoYes, 720p@30fps
SecondaryYes, VGA
FEATURES
Operating System (OS)Android OS, v4.4.2 (KitKat)
Processor1 GHz Dual core Cortex A5
MessagingSMS (threaded view), MMS, Email, Push Email, IM, RRS
BrowserHTML5
RadioFM radio
GamesYes + Downloadable
Colors6 Colors
GPSYes, with A-GPS support
BATTERY
Battery1500 mAh battery



Screenshot:


Sumber : Mobile88 , @evleaks