Showing posts with label info teknologi. Show all posts
Showing posts with label info teknologi. Show all posts

Monday, 4 August 2014

Samsung Galaxy Note 4 Bakal Hadir Dengan Sensor UV


Menurut pembekal komponen terkemuka Samsung, Galaxy Note 4 dijangka akan dilancarkan ke pasaran sebelum iPhone 6 tiba di pasaran dan harus diinga iPhone 6 mungkin akan hadir didalam dua model dengan skrin paparan 4.7-inci dan satu lagi dengan skrin paparan 5.5-inci.

Samsung Galaxy Note 4 ini dikatakan akan hadir dengan spesifikasi yang lebih baik daripada Galaxy S5 dan mungkin akan dilengkapi dengan skrin paparan OLED berukuran 5.7-inci dengan reka bentuk yang berasakan panel besi. Selain itu, Galaxy Note 4 juga dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sensor ultraviolet yang mampu merakam kadar pendedahan UV.

Spesifikasi lain pada model phablet ini adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 805, 3GB RAM, menyokong LTE dan kapasiti bateri yang lebih besar daripada Galaxy Note 3.

Bercakap mengenai harga dan tarikh penawaran model ini di Malaysia, Samsung Galaxy Note 4 dijangka akan dilancarkan beberapa minggu selepas diumumkan dengan harga RM 2399.

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 4 lengkap disini.




Thursday, 26 June 2014

Versi Terbaru Android "L" Bakal Dilancarkan

Pada acara tahunan Google (Google I/O) baru-baru ini , salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah beberapa perkara baru mengenai Android. Versi baru mereka akan hadir tidak lama lagi, dan untuk membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka, Google mengumumkan Android “L” Developer Preview.


Rekaan Antaramuka Baru – Material Design


Android “L” dilihat akan membawakan perubahan dari segi antaramuka. Google memanggilnya sebagai “Material Design”, dimana merupakan salah satu usaha untuk menyelarikan rekaan antaramuka pada pelbagai saiz peranti, dan juga untuk memberikan pengalaman pengguna yang selari pada aplikasi dan web.

Untuk menjayakan perkara ini, Google turut membuat perubahan pada muka-taip yang digunakan pada Android “L”, disamping menawarkan beberapa kesan animasi untuk digunakan oleh para pembangun.







Notifikasi Di Lockscreen

Notifikasi pada Android boleh dikatakan agak baik jikalau dibandingkan dengan beberapa platform operasi yang lain. Pada Android “L”, pihak Google turut memberikan fokus dan menambah-baik sokongan notifikasi untuk menjadikannya lebih menarik.



Salah satu pembaharuan adalah pengguna kini turut dipaparkan dengan notifikasi walaupun pada aplikasi dengan skrin penuh – seperti permainan, video dan sebagainya.

Disamping itu, pihak Google dilihat turut membawa notifikasi ke lockscreen melalui Android “L”, dimana pengguna boleh melihatnya, ataupun swipe sesuatu notifikasi ke sebelah kanan untuk memadamkannya.


Personal Unlocking Dan Sekuriti

Dengan Google yang turut membawa Android ke peranti boleh-pakai, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah “Personal Unlocking”. Melaluinya, ia memastikan telefon atau tablet anda berada di lokasi yang selamat, dan mengoptimasikan lockscreen bersesuaian dengannya.


Sebagai contoh, sekiranya anda memakai jam tangan pintar yang dihubungkan ke peranti, dan ingin mengakses peranti, anda boleh mengaksesnya terus, dan sekiranya sebaliknya, anda akan dipaparkan dengan skrin untuk memasukkan kod akses anda.

Selain menggunakan peranti boleh-pakai, Google turut mengatakan sokongan Personal Unlocking turut akan menyokong dan mengambil kira beberapa perkara lain, termasuk kedudukan anda melalui geolokasi (berdasarkan lokasi yang sering dilawati anda), rangkaian WiFi yang dihubungkan dan beberapa perkara lain.

Untuk sekuriti pula, pihak Google membawakan beberapa pembaharuan melalui Android “L”, termasuk salah satunya adalah Factory Reset Protection yang memudahkan pengguna nyah-aktifkan peranti mereka yang hilang atau dicuri, dan juga sokongan Universal Data Protection yang membolehkan pengguna mengawal data-data yang dikongsikan mereka seperti geolokasi dan sebagainya.


Multi-Tasking Kini Recents

Rekaan untuk bahagian multi-tasking turut dikemaskini melalui Android “L”, dimana pihak Google didapati memanggil butang multi-tasking sebagai “Recents”.


Daripada apa yang ditunjukkan, pengguna dipaparkan dalam bentuk rekaan Cards, dimana pengguna boleh swipe untuk melihat dari satu aplikasi ke aplikasi lain.

Disamping itu, pihak Google turut melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan yang mana setiap tab pada Chrome juga akan dipaparkan dalam bentuk Cards berbeza, sekaligus memudahkan proses multi-tasking anda.


Peningkatan Prestasi Dan Bateri

Android “L” juga akan menyaksikan pihak Google beralih sepenuhnya daripada penggunaan Dalvik kepada ART, yang mana secara tidak langsung membawa kepada peningkatan penggunaan prestasi secara keseluruhan, termasuk membawakan sokongan grafik yang lebih baik. Bersama-sama pengenalan ART, pihak Google turut membawakan sokongan 64-bit ke platform Android secara rasminya.



Untuk bahagian bateri pula, Google dilihat hadir dengan Project Volta, memberikan pembangun lebih kawalan untuk mengoptimasikan penggunaan bateri ketika aplikasi mereka digunakan. Untuk pengguna umum pula, pihak Google menyediakan sebuah fungsi baru yang sedia terdapat pada kebanyakkan peranti utama hari ini, iaitu Battery Saver Mode.

Selain daripada pelbagai pengenalan ini, Google turut dilihat bukan berhenti dengan Android untuk peranti mudah-alih sahaja, tetapi sebaliknya membawa ia ke pelbagai platform lain – termasuk untuk kaca televisyen melalui Android TV, untuk kenderaan melalui Android Auto, dan untuk peranti boleh-pakai melalui Android Wear. Google juga turut dilihat mengintegrasikan Android ke Chromebook dengan lebih baik, termasuk mengatakan Chromebook akan menyokong aplikasi Android tidak lama lagi.

Apa pun, ini boleh dikatakan hanya sebilangan kecil daripada fungsi-fungsi baru yang dibawakan oleh Android “L”. Google mengatakan lebih 5000 API baru tersedia melalui Android “L”, dan mungkin kita akan dapat melihat sebahagian daripadanya apabila mendapat akses untuk Android “L” Developer Preview.

Sumber

Saturday, 21 June 2014

Jam Pintar Apple IWatch Dilancarkan Oktober Ini



Sebelum khabar angin mengenai iPhone 6 mula kedengaran, Apple iWatch merupakan peranti yang hangat disebut dan dengan majlis WWDC juga berlalu tanpa sebarang berita mengenai peranti iPhone, iPod mahupun iWatch, kami pasti bulan oktober akan menjadi bulan dimana iPad dan iWatch dilancarkan manakala pelancaran iPhone 6 diadakan sebulan lebih awal.

Laporan terbaru yang mengatakan iWatch akan dilancarkan pada bulan Oktober adalah berdasarkan maklumat daripada pembekal komponen serta sumber terdekat Apple namun sedikit berlainan disini adalah, iWatch dikatakan akan dilancarkan bersama-sama iPhone pada bulan Oktober. Walaubagaimanapun, kebiasaanya, iPhone akan dilancarkan pada bulan September.

Sumber juga berkata bahawa iWatch akan mempunyai skrin paparan melengkung OLED dan mampu mengukur data seperti, glukosa darah, pembakaran kalori, waktu tidur dan tahap oksigen didalam darah. Jam pintar ini juga dikatakan akan menyimpan data cap jari daripada Touch ID iPhone pengguna. Apple menyasarakan untuk menjual 3 hingga 5 juta unit iWatch sebulan.

iWatch juga dikatakan akan beoperasi menggunakan iOS8 dan Apple juga akan menyertakan aplikasi HealthKit .

Sumber

Thursday, 8 May 2014

Windows 9 Bakal dilancarkan pada April 2015


Sebelum ni, hanya selepas beberapa minggu Windows 8 dilancarkan, khabar angin mengenai Windows 9 mula tersebar. Walaupun syarikat itu memberi tumpuan kepada kemas kini untuk Windows 8.1 sekarang, pemerhati Windows melaporkan bahawa syarikat itu mempunyai rancangan yang lebih besar; pelepasan Windows 9 sekitar bulan April 2015.

Microsoft dilaporkan telah mengiktiraf beberapa kritikan mengenai Windows 8 yang sama ada perlu diperbaiki dalam kemas kini Windows 8.1 atau Windows 9. Salah satu perkara utama yang kononnya akan datang adalah kemunculan semula Start Menu, walaupun khabar angin sebelum ini memberitahu bahawa Microsoft akan lakukan perubahan tersebut dalam kemas kini untuk Windows 8.1.

Hasil daripada kritika Windows 8, Microsoft boleh mencari cara untuk menjalankan aplikasi “Metro” dengan cara yang serupa dengan Windows tradisional, yang akan membolehkan mereka untuk berjalan di tetingkap berasingan.

Microsoft dilaporkan akan membina Windows 9 dengan tiga versi pembangunan utama sebelum keluar dengan versi penuh dan stabil, walaupun ia tidak jelas bagaimana kebanyakan versi pembangunan akan disediakan kepada pemaju sebelum pelepasan awam.


Sunday, 9 March 2014

Sony Xperia Z3 Dilancarkan Ogos Ini – Skrin QHD?


Walaupun baru sahaja melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Sony Xperia Z2 yang tiba selepas Xperia Z1 dilancarkan enam bulan yang lalu dan Sony mengesahkan mereka akan mengekalkan strategi melancarkan telefon pintar utama setiap enam bulan. Kenyataan ini dikeluarkan oleh  pengarah Kreatif Sony Mobile Kurozumi Yoshiro yang berkata Xperia Z2 merupakan telefon pintar utama syarikat itu bagi 6 bulan pertama tahun ini.
Yoshiro berkata Sony mesti melancarkan beberapa model telefon pintar mereka setiap enam bulan bagi mengekalkan daya saing telefon pintar utama tersebut. Selain itu, Yoshiro turut menegaskan bahawa adalah sesuatu yang mustahil bagi syarikat Jepun itu untuk bersaing dengan syarikat pengeluar telefon pintar lain seperti Samsung dan Apple jika melancarkan telefon pintar utama dengan jangka hayat satu tahun. Sony juga dikatakan akan mengekalkan reka bentuk OmniBalance yang diperkenalkan pada Xperia Z dan ianya ternyata popular.

Bercakap mengenai spesifikasi pada Xperia Z3, kami menjangkakan Sony akan memperkenalkan skrin paparan QHD dengan saiz yang sama, pemproses Snapdragon 805 dan pembaikan pada bahagian kamera serta bateri.

Dengan ini boleh disahkan bahawa pada bulan Ogos ini kita akan melihat Sony melancarkan Xperia Z3 yang pasti akan didatangkan dengan spesifikasi yang lebih baik.  Xperia Z3 pasti menjadi telefon pintar yang disasarkan sebagai pencabar kepada iPhone 6 yang bakal hadir dengan skrin sapphire dan akan dilancarkan pada bulan September 2014.

Sumber

Tuesday, 4 March 2014

Intel Hadirkan Edison, PC Dual-Core Terkecil Seukuran SD Card


Pada acara CES 2014 yang berlangsung di Las Vegas, Intel memperkenalkan Edison, sebuah PC berasaskan Intel Quark SoC seukuran sebuah SD Card. Dengan menghadirkan Edison, Intel sudah memastikan bahawa pengecilan komponen PC telah memasuki tahap baru, yakni ‘Wearable Technology‘.


Intel Edison ini dibuat dengan teknologi Intel Quark SoC, dilengkapi dengan cpu dual-core dengan proses fabrikasi 22nm, dan merupakan pengembangan dari Intel Quark SoC X1000(400Mhz Single Core, 32nm) yang terdahulu. Diciptakan untuk peranti ultra-small dan low-power, produk ini terdiri dari sebuah SoC(prosesor) Intel dan serangkaian microcontroller yang bertugas mengendalikan I/O dan fungsi lainnya. Peranti yang sangat kecil ini pun masih dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi, Bluetooth LE, serta LPDDR2 dan NAND Flash Storage. CPU yang terpasang pada Edison bersesuaian dengan standard x86, dan memungkinkannya untuk menjalankan Linux, atau sistem operasi lainnya.

Belum ada detail mengenai spesifikasi lengkap dari Edison, namun produk ini diperkirakan akan diluncurkan pertengahan 2014. Cukup menarik untuk melihat apa yang bisa dilakukan para developer dengan konsep ‘wearable technology’ seperti yang diperkenalkan pada Intel Edison. Mari tunggu kehadirannya!

http://www.intel.com/content/www/us/en/do-it-yourself/edison.html

Sumber