Monday, 24 February 2014

Cara Untuk Menambah Author Atau Admin Pada Blogger


Tutorial kali ni berkenaan cara untuk menambah Author atau Admin pada sesuatu blogger. Tujuan untuk menambah author/admin ini sekiranya ingin menambah beberapa orang author/admin bagi mengurus sesuatu blog. Selain tu, sekiranya blog anda sudah sampai had limit quota untuk upload gambar ke dalam entri, anda boleh menambah akaun email anda yang lain untuk di jadikan admin pada blog tersebut dan anda boleh upload gambar pada entri seperti biasa. Perbezaan Author dan Admin adalah Admin dapat mengakses keseluruhan dashboard blogger manakala Author hanya diberi kebenaran untuk menambah entri dan Settings(hanya dapat mengakses tetapan untuk "Author Option" sahaja) .


Tutorial:

1. Login dan buka Dashboard blogger anda.

2. Klik pada Settings dan klik Basic .

3. Pergi ke bahagian Permissions  , pada bahagian Blog Authors , klik "+ Add authors" .

4. Masukkan email author@admin  pada ruang yang disediakan dan klik "Invite Authors" .


5. Buka email yang sudah di 'invite' (jika email yang di 'invite' bukan milik anda, suruh pemilik email buka email nya untuk proses penerimaan sebagai author@admin ) .

6. Buka mesej 'invite' yang diterima. Klik pada "Accept invitation" .

7. Selajutnya, Klik pada"Accept Invitation" .
8. Untuk tukarkan permission author, buka pada Settings >> Basic >> Lihat bahagian Permissions >> Blog Author >> Lihat nama author dan tukarkan permission dari "Author" ke "Admin".

2 comments:

  1. bagus tutor ni
    yumida pernah dioffer jd author bg sebuah blog, author berbayar,author permanent, tp ditolak. blog sendiri pun terabai. apatah lagi nak manage blog lain. hihihi

    ReplyDelete
  2. haritu buat xjadi2 last putus asa terus..hehe..but tuto ni leh try ^__^

    ReplyDelete