Showing posts with label xampp. Show all posts
Showing posts with label xampp. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

Tutorial Pemasangan Wordpress Pada Locahost Menggunakan XAMPP

Pada entri yang lepas saya ada berkongsi mengenai Tutorial Installasi XAMPP Pada Windows (WEB Localhost) dan  Cara Membuat Database Pada XAMPP. Untuk sambungannya, saya akan kongsi tutorial untuk memasang (install) salah satu Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang yang sering digunakan oleh pembangun laman web iaitu Wordpress.  Pastikan sebelum anda mengikuti tutorial ini, baca dahulu entri-entri yang lepas. Untuk pengetahuan anda,wordpress yang dipasang pada localhost dijalankan secara offline dan ia hanya boleh diakses oleh anda sahaja . Tetapi anda jangan risau, sekiranya anda sudah mahir mengenai wordpress , anda boleh backup file dan database untuk di transfer ke web hosting anda yang sebenar.

1. Download script Wordpress:
>> http://wordpress.org/latest.zip

2. Extract file wordpress yang anda download.


3. Buka folder C:\xampp\htdocs dan copy folder wordpress pada folder htdocs . (PS: Anda boleh gantikan nama wordpress ke nama yang anda mahu)


4. Buka browser anda. Pada ruang url bar, taipkan http://localhost/nama_folder ( Contoh: http://localhost/wordpress )  . 
Klik Create a Configuration File.

5.  Klik Let's go!

6. Isikan maklumat  database anda. (Pada yang tiada database boleh rujuk : Cara Membuat Database Pada XAMPP)

  • Database Name - Nama database anda .Contoh: dbwordpress.
  • User Name - Nama pengguna untuk mengakses database anda .
  • Password - Kata laluan untuk mengakses database anda .
  • Database Host : localhost
  • Table Prefix -  Biarkan default ( wp_ ) atau boleh diubah mengikut kehendak anda.Contohnya: " prefix_ "
Klik Submit .


7. Klik Run the install .

8. Isikan maklumat wordpress anda:

  • Site Title  -  Tajuk blog/web wordpress anda.
  • Username  -  Nama pengguna wordpress anda.
  • Password , twice  -  Kata laluan wordpress anda.
  • Your Email  -  Masukkan email anda yang sah.
Klik Install Wordpress .


9. Setelah selesai proses pemasangan,anda boleh login ke dashboard wordpress anda.

10. Gunakan link " http://localhost/nama_folder/wp-admin " untuk mengakses ruang login anda. Gantikan nama_folder dengan nama folder wordpress anda. Contohnya: " http://localhost/wordpress/wp-admin " .


SCREENSHOT
Dashboard
Site

Saturday, 19 October 2013

Cara Membuat Database Pada XAMPP

Pada entri yang lepas saya ada berkongsi tutorial untuk membuat localhost pada pc anda menggunakan XAMPP ( Tutorial Installasi XAMPP Pada Windows (WEB Localhost) ). Untuk sambungannya, saya akan bahas cara untuk membuat database baru pada phpMyAdmin . 

1. Pastikan server localhost anda sudah diaktifkan . Jika belum diaktifkan lagi, rujuk entri yang lepas.

2. Klik pada phpMyAdmin. (boleh juga gunakan link ni >> http://localhost/phpmyadmin )

3. Klik pada menu Database(1) . Isikan Nama Database(2) anda dan klik Create(3) . Sebagai contoh saya menggunakan nama " dbwordpress " .

4. Untuk pengetahuan anda,setiap database pada xampp mempunyai default user iaitu nama penggunanya (username) adalah root dan tidak mempunyai kata laluan (password). Anda boleh menggunakan default user tersebut. Tetapi seeloknya anda gunakan user sendiri. 

Seterusnya, kita akan menambah pengguna(user) baru pada Database anda .  Pada senarai Database anda, cari nama Database yang anda telah buat dan klik pada Check Privileges.

5.  Klik pada Add user .

6. Pada bahagian Login Information , Isikan:
  • Username : Masukkan nama pengguna (1) anda.
  • Host : Gunakan Use text field (2) dan isikan " localhost " (3) .
  • Password : Masukkan kata laluan (4)  anda.
  • Re-type : Masukkan semula kata laluan (5) anda.
  • Generate password : Abaikan jika anda menggunakan kata laluan anda sendiri.
8. Pada bahagian Database for user, Tandakan(tick) pada Grant all privileges on database "nama_database_anda".


7. Pada bahagian Global priveleges , klik pada Check All (7) . Pastikan semua checkbox pada Data,Structure dan Administration sudah bertanda (tick). Resource limits biarkan 0. 
Selanjutnya, klik Go (8) .

8. User anda siap untuk digunakan pada database anda.